CERPEN 1: BELALANG KEPALA BATU

NAMA; AISYAH HUMAIRA BT HAMDAN

KELAS; 5 CYBER

SEKOLAH KEBANGSAAN TAIPING 


CERPEN 1;

BELALANG KEPALA BATU






Ada seekor semut dan belalang. Pada suatu hari, semut memberitahu kepada belalang supaya belalang mencari makanan kerana musim kemarau akan tiba. Semut berkata '' Hi, belalang. Kenapa engkau tidak mencari makanan? Nanti musim kemarau akan tiba." Belalang menjawab "Tidak apa, aku boleh hidup sepanjang masa tanpa makanan". Semut tidak menghiraukan  belalang kerana dia ialah kepala batu. Tiba-tiba, musim kemarau telah tiba. Belalang tidak ada makanan dirumahnya. Dia mencari makanan di mana-mana tetapi tidak dijumpai. Lalu belalang pengsan kerana tidak makan seharian. Semut terjumpa belalang yang baru pengsan dan membawa ke rumahnya. Setelah belalang sudah bangun, semut barkata "Marilah makan, kami ada banyak makanan". Belalang mengikuti semut dan terkejut kerana satu bilik itu penuh dengan makanan. Belalang makan dengan selera dan menyesal kerana tidak mendengar nasihat semut. 


pengajaran: jangan menjadi kepala batu [ degil]
















Comments

Popular posts from this blog

MAKSUD BUNGA RAYA

MAKSUD PERIBAHASA