JIKA TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANAKAH DAPAT SAGUNYA

JIKA TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANAKAH DAPAT SAGUNYA











Adam ialah seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Taiping. Dia seorang nakal dan pemalas.

            Pada suatu hari, cikgu memberitahu murid bahawa minggu depan akan ada pertandingan mewarna peringkat sekolah. Adam ingin memasuki pertandingan itu. Ramai kawan Adam ingin memasuki pertandingan mewarna juga.

            Adam tidak sedia kerana di fikirannya ingin bermain sahaja. Adam risau kerana dia tidak mempunyai pensil warna. Dia mahu meminjam pensil warna kawannya tetapi mereka tidak mengizinkan dia meminjam pensil warna mereka.

                 Dia bernasib baik kerana Farik bersetuju untuk meminjamkan pensil warnanya. Farik ialah seorang rakan yang baik dan suka menolong orang yang memerlukan. Dia memberi Adam tiga warna iaitu merah, hijau dan biru. Adam terus mewarna secara tekun dan bersemangat. 

               Setelah masa tamat, dia dengan berasa bangga memberitahu rakan sekelasnya bahawa dia akan memenangi pertandingan mewarna itu. Kawan-kawannya tidak menghiraukan Adam kerana dia sangat sombong. Tiba-tiba, keputusan telah diumumkan. Adam tidak sabar ingin mengetahui siapakah yang akan memenangi pertandingan itu. 

              Adam berkata ''Aku harap aku mendapat juara pertandingan ini''. Setelah cikgu membuat pengumuman, semua orang terkejut kerana Adam telah berjaya memenangi pertandingan tersebut. Mereka tidak menyangka bahawa Adam sangat pandai mewarna. Adam berterima kasih kepada Farik yang telah mengizinkan Adam meminjam pensil warnanya.....




NAMA: AISYAH HUMAIRA BT HAMDAN

KELAS: 5 CYBER

SEKOLAH: SKT 


Comments

Popular posts from this blog

CERPEN 1: BELALANG KEPALA BATU

MAKSUD BUNGA RAYA

MAKSUD PERIBAHASA