PERAYAAN KUIH BULAN
DITULIS: AISYAH HUMAIRA BT HAMDAN
KELAS; 5 CYBER
SEKOLAH KEBANGSAAN TAIPING
TENTANG KUIH BULAN
Menurut hikayat cina, kuih bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara China semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan ke atas rakyat cina supaya tidak ada seorang pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Oleh sebab itu, rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu malam, semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat beramai-ramai. Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini dirayakan pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh, kuih bulan dibuat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan kuih bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan kuih bulan tidak dapat menyampaikan laporan buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh kuih bulan yang manis itu.
Jenis-jenis Isi Kuih Bulan
1) Pes biji teratai (lian rong).
2) Pes kacang manis (dou sha, sering dilafalkan tau sa di Indonesia)
3) Lima isirong
Jenis-jenis Kue Bulan / Mooncake Style lainnya:
1)Kuih Bulan Jenis Kantonis
Kuih bulan jenis kantonis ini yang paling mendunia, berasal dari provinsi Guangdong, dan di tempat asalnya terdapat lebih dari 200 variasi.
2)Kuih Bulan Jenis Suzhou
Kuih bulan jenis Suzhou bermula dari ribuan tahun lalu, campuran yang royal dari lemak binatang dan gula serta tepung. Model yang ini banyak juga terdapat di Indonesia.
3)Kuih Bulan Jenis Beijing
Kuih bulan jenis Beijing ada 2 variasi, yang satu disebut dengan di qiang, yang lebih mirip dengan kuih bulan jenis Suzhou. Dan satu lagi disebut dengan fan mao, di mana rasanya cenderung lebih flaky.
4)Kuih Bulan Jenis Chaoshan (Tiociu)
Kuih bulan jenis Chaoshan (Tiociu) ini juga flaky tetapi lebih memiliki diameter yang lebih besar daripada kuih bulan jenis kantonis, tetapi lebih tipis. Aroma lemak yang digunakan akan lebih kuat untuk kuih bulan jenis Chaoshan ini.
Kuih bulan jenis Chaoshan (Tiociu) ini juga flaky tetapi lebih memiliki diameter yang lebih besar daripada kuih bulan jenis kantonis, tetapi lebih tipis. Aroma lemak yang digunakan akan lebih kuat untuk kuih bulan jenis Chaoshan ini.
5)Kuih Bulan Jenis Yunnan
Kuih bulan jenis Yunnan ini rasanya cenderung lebih manis.
Kuih bulan jenis Yunnan ini rasanya cenderung lebih manis.
BAGUS!!!Maklumat yang sangat padat!!Teruskan usaha anda!!(AISYAH HUMAIRA)
ReplyDeleteTerima kasih
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete